Search This Blog

MENGENAI SEKOLAH

Bermulanya Sejarah SMK SONG


       Smk Song terletak di muara Sungai Katibas, kira-kira 1km dari Pekan Song, Sungai Rajang menjadi nadi utama selaku penghubung sekolah ini dengan bandar-bandar lain sekitarnya. Sekolah ini bermula beroperasi pada tahun 1974 dengan cara menumpang di SRB Cardinal Vaughan. Bangunan sekolah hanya siap sepenuhnya pada tahun 1976.
     Dari taraf sekolah menengah rendah, SMK Song mula mengorak langkah sebagai Sekolah Menengah Atas pada tahun 1984. Sejak penubuhannya sehingga kini, SMK Song sudah pun diterajui oleh 11 orang pengetua iaitu:
1. Encik Mohd Tudin

(1974 - 1975)

2. Encik Bolkia Abdul Rahman

(1976 - 1977)

3. Encik James Anin

(1978 - 1980)

4.Encik Lee Jin Kiat

(1981 - 1984)

5. Encik Alias Abu Bakar

(1985)

6. Encik Stephan Engkabi

( 1985 - 1988)

7. Encik Mohd Ilahi B. Junaidi

(1989 - 1995)

8. Encik Wong Ngie King

(1996 - 2000)

9. Encik Wahab B Haji Bujang

(2001 -2005)

10.Encik Maseli Hj Idi

(2005 - 2006)

11. Encik Hazmi B Jahan

(2007 - 2008)

12. Encik Wong Ngie King

(2009 sehingga kini)
      
        SMK Song tidak menganggap kedudukannya di luar bandar sebagai satu kekurangan, sebaliknya telah dan akan menjadi kedudukan tersebut untuk dudk sama rendah dan sama tinggi dengan sekolah-sekolah lai di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya. Cogan kata "bersedia menjadikan SMK Song sentyiasa bersedia dengan perkembangan-perkembangan positif, terutama dalam mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
      Justeru itu, SMK Song sentiasa komited untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dan cemerlang kepada anak didik dengan memberikan peluang seluas-luasnya demi memperkembangkan potensi individu.


VISI , MISI SMK SONG

VISI

SMK Song sekolah cemerlang menjelang 2010

MISI

Meningkatkan kualiti bidang pengurusan, akademik, kokurikulum, dan salsiah pelajar bagi memenuhi aspirasi negara.



IKRAR SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Song komited dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan cemerlang kepada anak-anak didik dengan memberikan peluang seluas-luasnya demi memperkembangkan potensi individu mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.



FALSAFAH SEKOLAH

1. Mempekenalkan SMK Song dengan perkembangan -perkembangan positif.


2. Mewujudkan masyarakat mikro yang bersatu padu dan muhibah selaras dengan Rukan Negara masyarakat penyayang dan menghormati satu sama lain.

3. Melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat yang tinggi dalam sistem nilai hidup kendiri.

4. Meningkatkan prestasi akademik sekolah

5. Penglibatan maksimum dalam kegiatan kokurikulum dan mencapai tahap yang membanggakan.


LAGU SEKOLAH SMK SONG

Permata Tunas


Bersih indah dan ceria
Seindah setulus namanya
Setiap detik mengorak langkah
Serata pelusuk tersohornya sudah


Maju bersama-sama
berpimpin tangan
bergandingan bahu
Demi matlamat yang satu
Demi impian menjadi nyata
Untuk agama nusa dan bangsa


'Sedia dan bersedia'
Cogan kata kami
Menyahut seruan penuh keazaman
Berkat doa akan kami buktikan
SMK Song pastinya bersinar
Terpahat namanya dipersada jaya



MATLAMAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SONG


Matlamat sekolah:


• Melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berdisplin serta percaya dan patuh kepada tihan dan setia kepada raja dan negra.

• Melahirkan warga negara yang kreatif, inovatif dan mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehenda individu, masyarakat dan negara serta agama.

• Mencapai prestasi akademik mengatasi peringkat negeri kategori luar bandar di dalam semua matapelajaran.

• Mencapai prestasi kokurikulum yang terbaik dibahagian kapit.



KEGIATAN KOKURIKULUM


Antara kegiatan kokurikulum yang terdapat di sekolah SMK Song

Unit Beruniform

PBSM, Pengakap, Pandu Puteri , KRS. Kadet Polis, ST John, PRS


Kelab Persatuan Bukan Akademik

Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Komputer, Kelab Pencinta Alam, Kelab Pengguna,Kelab SPBT, Kelab Koperasi, Persatuan ISCF, Persatuan pelajar RC, Persatuan Pelajar Islam, Kelab Pengawas, Kelab Muzik, Kelab Pencegah Jenayah dan Kelab Pusat Sumber


Sukan dan Permainan

Olahraga, Bola Sepak, Bola Keranjang, Badminton, Hoki, Sepak Takraw, Tennis, Permainan Dalaman dan Futsal



ENROLMEN PELAJAR SMK SONG 2010


TINGKATAN /KELAS


1. Peralihan =13

2. Pendidikan Khas 1 =6

3. Pendidikan Khas 1 =4

4. Tingkatan 1 =216

5. Tingkatan 2 =220

6. Tingkatan 3 =232

7. Tingkatan 4 =231

8. Tingkatan 5 =197

9. Tingkatan 6 Rendah =88

10.Tingkatan 6 Atas =108

Jumlah Keseuruhan = 1315