Search This Blog

Tuesday, August 17, 2010

FALSAFAH SEKOLAH

  1. Mempekenalkan SMK Song dengan perkembangan -perkembangan positif.
  2. Mewujudkan masyarakat mikro yang bersatu padu dan muhibah selaras dengan Rukan Negara masyarakat penyayang dan menghormati satu sama lain.
  3. Melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat yang tinggi dalam sistem nilai hidup kendiri.
  4. Meningkatkan prestasi akademik sekolah
  5. Penglibatan maksimum dalam kegiatan kokurikulum dan mencapai tahap yang membanggakan.

IKRAR SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Song komited dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan cemerlang kepada anak-anak didik dengan memberikan peluang seluas-luasnya demi memperkembangkan potensi individu mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Wednesday, August 11, 2010

Bermulanya Sejarah SMK SONG

    Smk Song terletak di muara Sungai Katibas, kira-kira 1km dari Pekan Song, Sungai Rajang menjadi nadi utama selaku penghubung sekolah ini dengan bandar-bandar lain sekitarnya. Sekolah ini bermula beroperasi pada tahun 1974 dengan cara menumpang di SRB Cardinal Vaughan. Bangunan sekolah hanya siap sepenuhnya pada tahun 1976.

    Dari taraf sekolah menengah rendah, SMK Song mula mengorak langkah sebagai Sekolah Menengah Atas pada tahun 1984. Sejak penubuhannya sehingga kini, SMK Song sudah pun diterajui oleh 11 orang pengetua iaitu:



                    1.  Encik Mohd Tudin
                         (1974 - 1975)

                    2. Encik Bolkia Abdul Rahman

                         (1976 - 1977)
                    3. Encik James Anin
                         (1978 - 1980)

                    4.Encik Lee Jin Kiat
                        (1981 - 1984)

                    5. Encik Alias Abu Bakar
                        (1985)

                   6. Encik Stephan Engkabi
                       ( 1985 - 1988)

                   7. Encik Mohd Ilahi B. Junaidi
                      (1989 - 1995)

                   8. Encik Wong Ngie King
                      (1996 - 2000)

                   9. Encik Wahab B Haji Bujang
                      (2001 -2005)

                  10.Encik Maseli Hj Idi
                      (2005 - 2006)

                  11. Encik Hazmi B Jahan
                      (2007 - 2008)

                  12. Encik Wong Ngie King
                      (2009 sehingga kini)



    SMK Song tidak menganggap kedudukannya di luar bandar sebagai satu kekurangan, sebaliknya telah dan akan menjadi kedudukan tersebut untuk dudk sama rendah dan sama tinggi dengan sekolah-sekolah lai di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya. Cogan kata "bersedia menjadikan SMK Song sentyiasa bersedia dengan perkembangan-perkembangan positif, terutama dalam mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

   Justeru itu, SMK Song sentiasa komited untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dan cemerlang kepada anak didik dengan memberikan peluang seluas-luasnya demi memperkembangkan potensi individu.